Sunday 5 March 2017

Ape Cite ni?!?!!Betoil ke ni????

Dulu-dulu kite risau sempat ke tak pergi umrah/haji....
Kalau tak sempat pergi macamne?
Bajetnye mcmne plak....
aduuh....

ok layan video ni...tapi suara takle sesedap retis :-)

tapi kira oklaaa yek....


Saturday 4 March 2017

Nyerongen...nyerongen juge ye....


Masa tengah sedap ngopi petang semalam teman terserempak dengan Yop. Nampak gayanye hepi macam dapat durian runtuh kot….gamaknyalah….
Teman merapat tanya dia ngape yang hepi bebenor…

“Yop ngape nampak seronok bebenor?” teman tanya pada Yop.
“Dapat ‘bini’ baru” balas Yop nyerongen…
“Amboih! Aje handey miker nih!” kata teman…
“Hihihih…..Tu haaa!” Yop menjuihkan bibir menunjukkan ke arah sesuatu.
“OOOO…..” teman mengangguk sambil bersalam dengan Yop dengan mengucapkan tahniah dan memuji2 ‘bini’ barunya.

Yop nampak seronok, terangkat, kembang setaman atas pujian terhadap bini barunya iaitu kereta baru dibeli dan belum dikoyak plastiknya lagi…teman mencelah lagi dengan bertanyakan soalan yang membuatkan Yop terpotong daripada lamunannya…

“Yop miker beli kerete ni gerannya mane?”
“Dengan bank le….” Balas Yop.
“Rumah miker plak?” soal teman lagi..
“Ai miker ni…ngape?” Yop heran nampak berkerut beribu di dahinya yang sulah berkilau dari jauh.

“Siapa yang boleh nuntut kereta dengan rumah ni kalau miker dah tak ada nanti?” tanya teman lagi.
“Huh? Bank le kot..” Yop jawab dengan nada heran dan muka kelat-kelat coklat.
“Ater ngape…tak ok ke?” sambungnya lagi dengan muka heran.
“Tak ok” balas teman cantas.
“Harta ni bukan milik miker lagi, kalau miker dah tak da nanti susah bini miker nak dapatkan hak…lambat prosesnya” sambung teman lagi.

“Jadi macam mane?” soal Yop semacam teruja.
“Gini….errr…sebelum tu miker ada lagi tak selain harta kereta dan rumah ni Yop?..estet-estet ke, kilang-kilang ke, factory-factory ke, stable lumbe kude?” tanya teman serius.

“Hehehe…idakle…mana ade..” Yop menjawab sambil nyerongen.
“Ok camni, miker buka akaun satu lagi untuk aset bernilai RM1juta” teman beritahu Yop dengan nada serius renung tepat pada kedua bebola mata dia.
“Buka akaun RM1juta????bior bebenor miker ni!Mana nak cekor duit weh!” terangkat Yop daripada kerusi yang diduduk sambil menyembor kopi yang diminum.

“Betul, serius ni…dalam akaun ada RM1juta aset tunai, setiap hari miker simpan dalam RM10…yang ini gerenti kalau miker dah tak da, RM1juta bagi kat bini miker….ini aset Yop untuk waris…bior kita tinggalkan duit untuk waris bukannya hutang!” tegas teman pada Yop. Nampaknya Yop tersentak dan ngelamun kejap.

“Miker bayangkan dalam keadaan terdesak nak pakai duit mana lagi sumber yang mudah? Melainkan dalam akaun…kalau miker dah tak ada, apa lagi sumber anak bini miker yang ada? Dulu hujung bulan miker bawak balik gaji ke rumah, bila keadaan dan berubah miker dah tak ada, gaji miker pun terkubur….siapa yang teruskan perbelanjaan rumah miker untuk anak bini miker ni?” teman jelaskan pada Yop nampak dia semacam ternganga-nganga mulut terlopong.

Sambil pegang bahu kanan Yop teman renung mata Yop, “Yop kita ni semua tahu dan ingat tarikh lahir kita tapi…..tarikh akhir kita tak tahu…mungkin ini hari terakhir kita berjumpa dan mungkin ini juga nasihat terakhir teman pada miker…kita sama-sama tak tahu sapa yang pulang dulu ke rahmatullah…..jadi kita bersiap-siaplah sebelum kita nak pulang…tinggalkan bekal hibah pada waris kita yop…sekurang-kurangnya waris kita tak hidup meminta-minta kalau kita dah tak da”









Friday 17 February 2017

Bicara Sang Polisi

Assalammualaikum….
Anda dan saya mempunyai tujuan yang sama dan matlamat yang sama di dunia ini.
Di ketika ini anda sedang sibuk melaksanakan tugas dan memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga….menyediakan makan dan minum,pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Malah pendidikan, kesihatan dan kebajikan untukyang tersayang tetap dibela……

Sementelahan itu, saya sang polisi sedang nyenyak lena di dalam gobok almari anda..menyimpan segala amanah, menyimpan tenaga dan meningkatkan nilaian tahun demi tahun silih berganti…
Aku mempunyai penuh percaya dan yakin terhadapmu….Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai suatu khazanah untuk disimpan. Semoga di bawah limpah rahmat dan keberkatan Illahi anda mendapat perlindunganNya….

Di tika ini, ketika perjalanan hidupmu lancar dan menerajui pelayaran yang penuh ketenangan aku seolah-olah tidak bernilai ibarat sampan penyelamat yang tergantung di tepian kapal penumpang. Maka ketahuilah Allah sahaja Yang Maha Mengetahui bila sampai masa aku dank au akan bertukar tempat…..

Apabila sudah sampai masanya anda dijemput Illahi, aku akan menyempurnakan amanahmu dan memulakan tugasan. Aku akan memberi perbelanjaan menyediakan makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan kepada mereka yang kau sayangi dan tinggalkan. Kebajikan pendidikan dan kesihatan isteri dan anak-anakmu akan diteruskan biarpun kau tiada di sisi….Tiada lagi merayu dan meminta-minta belas ehsan serta simpati jiran dan masyarakat…

Tugasmu telah selesai tetapi tugasku baharu saja bermula….Aku adalah warisan yang kau tinggalkan untuk kesinambungan perjalanan hidup yang tersayang…segala kasih dan tanda ingatan tercurah melalui baktiku….

Tiap kali dikau mengeluh kerana dek terbeban kos himpitan kehidupan maka kenangilah jasa yang akan dibalas olehku dengan menitip bayaran menyimpan aku…..Renungilah wajah-wajah anak-anak mu dan isteri…siapa mereka tanpamu…bagaimana mereka tanpamu….dan ingatlah aku sebagai ‘hadiah’ yang ditinggalkan tatkala dikau tiada…..

Engkau memberi amanah, akan melaksanakan amanahmu…

Ikhlas;

Sang Polisi

Wednesday 10 September 2014

Ingat 10 Perkara Ni Sebelum Belanja!

Assalammulaikum dan salam sejahtera....

Ok kite bersua lagi ye....kini bulan baru sudah muncul September 2014.....
Ini merupakan suku tahun yang terakhir untuk tahun 2014...
Walau bagaimanapun kita masih perlu membuat bajet dan mengambil langkah-langkah berhati-hati di dalam membuat perbelanjaan....Poket anda, duit anda! Jangan biarkan poket anda sentiasa bocor setiap bulan....

Langkah yang teliti perlu diambil sebelum belanja...Paling baik buat satu ketetpan atau prinsip sebelum belanja...jadikan ia sebagai "azimat" sebelum seluk ke kocek anda untuk keluarkan duit...

Ayuh! mulakan langkah anda dengan azam yang baru dan ambillah langkah-langkah ini sebagai pedoman di dalam belanja duit anda.....

1. Kaji Dan Berhenti!
  • Kaji belanja yang tak perlu dan hentikan segera
  • Ingat matlamat yang anda hendak capai
  • Sekat nafsu belanja duit perkara yang tak penting


2. Buku Nota
  • Nampak macam remeh tetapi berkesan.
  • Buku nota sebagai teman setia anda dalam mengawal aliran tunai.
  • Catat belanja harian & bulanan. Cara ini barulah anda nampak dan sedar ke mana selamanya duit anda mengalir.
  • Nak catat belanja ni memang perlukan kesabaran tetapi hasilnya akan dapat lihat
  • Di sinilah anda akan membuat penilaian tentang belanja yang anda buat
  • Tak catat belanja anda tak tahu ke mana "tiris"nya duit anda
3. Penghargaan untuk diri
  • Tabunglah 10% drpd gaji bulanan untuk diri anda.
  • Simpan dulu barulah belanja untuk keperluan lain.
  • Kaedah simpan dulu baru belanja lebih berkesan daripada anda belanja gaji anda dahulu kemudian bakinya hendak membuat simpanan. Sudah semestinya matlamat anda tidak akan tercapai!
  • Berusaha tingkatkan simpanan biarlah amaun penambahan nampak sedikit...tambah extra RM10 biar sedikit tetapi lama-kelamaan hasilnya meningkat.
  • Nak capai matlamat simpanan ini caranya buatlah potongan autodebit
4.  Tetapkan Matlamat

  • Fokus kepada matlamat dan impian kewangan yang anda idamkan
  • Contoh; hendak melancong ke Korea, beli rumah banglo, simpanan tabung pelajaran anak-anak, pergi haji&umrah...
  • Fokus, fokus dan fokus!


5. Kaji& Faham Perlindungan Takaful Yang Anda Ambil

  • Perkara ini memang perlu anda ambil perhatian....
  • Kenalpasti perlindungan yang telah anda ambil
  • Kajisemula keperluan (revise policy) manfaat apa yang anda telah ambil, perlu tambah mengikut keperluan semasa dan yang akan datang
  • Itulah pentingnya keakraban anda dengan ejen/perunding takaful
  • Semak bersama ejen/perunding anda, minta penjelasan terperinci


6. Urus semula hutang

  • Apa yang anda perlu buat?
  • Senaraikan hutang-piutang mengikut urutan jumlah ansuran, baki hutang, kos pinjaman dan tempoh bayaran.
  • Kalau bayaran ansuran hutang lebih 20% drpd gaji bulanan anda, ini menunjukkan anda mungkin berhadapan dengan masalah kewangan yang serius!!
  • Jadi anda perlu pantau dan kawal, elakkan buat hutang baru.
  • Ok, tetapkan azam, fokus dan disiplin. Lunaskan hutang mengikut tempoh bayaran.



7. Perbincangan famili

  • Musyawarah keluarga
  • Perbincangan bersama dengan ahli keluarga anda agar mereka sedar dan faham tentang pengurusan kewangan.
  • Ini secara tidak langsung mendidik dan memberi kefahaman kepada mereka tentang pengurusan aliran tunai.


8. Buat pelaburan jangka panjang

  • Tingkatkan pelaburan untuk pulangan jangka masa akan datang.
  • Dapatkan ilmu pelaburan.
  • Pilih dana yang sesuai.
  • Dapatkan nasihat daripada perunding kewangan.



9.Sedekah & Amal Jariah

  • Sebelum anda berbelanja amalkan dengan bersedekah terlebih dahulu.
  • Ia akan memberikan barakah kepada gaji anda.
  • Dengan amalan bersedekah rezeki anda tidak akan putus-putus!!


10.Ilmu kewangan

  • Sentiasa tambahkan pengetahuan tentang maklumat kewangan.
  • Anda boleh dapatkan dari pelbagai sumber masa kini; majalah, buku, surat khabar, blog, FB, mentor kewangan atau kursus.



Ok...adik kakak setakat ini sahaja perkongsian ilmu buat kali ni....Nampak macam simple dan biasa-biasa je kan? Sebenarnya takkan nak tunggu yang 'amat luar biasa' baru nak buat...yang penting ilmu yang sedikit diamalkan..buat dengan istiqomah...ok...
Untuk temujanji nasihat kewangan hubungi 012 5676866
Malu bertanya tak ke mana la jawabnya :-)

Thursday 21 August 2014

Alamak!Ejen Insurans Nak Jumpalah Pulak....Apa Nak Buat Ye?

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera…….
Bertemu lagi di entri blog bajetwanganda.blogspot.com
Hari ini bertemu klien yang inginkan khidmat nasihat pengurusan kewangan. Beliau sudah bertemu dengan beberapa perunding kewangan daripada pelbagai syarikat…mungkin yang terakhir aku le kot…
Ini disebabkan beliau sendiri yang contact aku nak dengar bebelan aku pulak (selalunya perunding kewangan memang suka membebel hahaha) tetapi aku membebel bukan tak tentu pasal….
Apa yang ada di fikirannya yang ingin tahu daripada mulut aku sendiri….nak kata aku ni hebat sangat taklah…mungkin nak tahu info detail dan nak dapat pencerahan yang lebih cerah….agaknyalah….
Klien ini bagus sebab dia bertindak mendapat penjelasan daripada pelbagai perunding kewangan (ejen) sebelum membuat kesimpulan dan keputusan….
Ok..apa yang nak aku garapkan di sini ialah mungkin ada beberapa tips untuk anda berjumpa dengan perunding/ejen takaful supaya anda lebih berinformasi dan pertemuan tersebut tidak menyebabkan anda “blur-blur”……
1.       Dapatkan Info
Sebelum membuat temujanji dengan perunding/ejen anda buatlah sedikit homework. Study dulu produk, kelebihan dan pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat takaful/insurans. Info ini anda boleh dapat melalui brosur dan web syarikat.
2.       Kenalpasti kehendak
Perkara ini perlu ada dalam mindset anda. Perkara apa yang menjadi keutamaan anda. Adakah perlindungan kad perubatan, perlindungan penyakit bahaya, tabung pendidikan anak-anak dan persaraan. Perkara ini penting supaya matlamat anda tidak tersasar dan perlindungan yang bakal anda ambil adalah memenuhi keperluan anda.
3.       Soalan
Anda perlu ada beberapa set soalan untuk disoal. Ini penting kerana apa yang anda ingin tahu sebenarnya dijelaskan dengan tepat…..dan tidaklah perunding/ejen tersebut melalut tidak ketahuan….hihihi….Malah dengan adanya Q&A semasa sessi temujanji ini, berlakulah komunikasi dua hala dan membuatkan anda lebih mudah faham…
4.       Kreativiti
Anda perlu minta perunding/ejen memberikan penjelasan dengan cara mudah, ringkas dan padat. Di sinilah anda dapat melihat bagaimana seseorang perunding/ejen itu menggunakan skil untuk memberikan penerangan dengan cara kreatif agar mudah anda faham dengan jelas. Tidaklah membuka “kitab produk” dan menerangkan satu-persatu…kalau macam inilah dari pagi sampai ke malam le baru habis!!!
5.       Apa Yang Boleh & Apa Yang Tidak Boleh
Anda perlu tahu apa yang tidak boleh mendapat perlindungan di dalam sesuatu produk takaful…Sebagai contohnya; kad perubatan hospital…anda perlu tahu perkara-perkara berkaitan apakah yang tidak dilindungi oleh kad perubatan….bukan hanya sekadar mendengar perunding/ejen hanya menceritakan perkara yang boleh dilindungi sahaja…..akhirnya APTB (Apa Pun Tak Boleh) J
6.       Servis
Perkara ini penting di dalam sesuatu perkhidmatan. Anda perlu mendapat penjelasan bagaimana servis perunding/ejen ini diberikan kepada anda. Anda juga perlu tahu berapa lama sesuatu perunding/ejen telah berkhidmat dengan sesuatu syarikat.Ini penting agar anda betul-betul yakin dengannya barulah anda tandatangan borang…..

Akhir kata….anda perlulah beri peluang kepada perunding/ejen untuk menyampaikan hasrat mereka…dengarlah dengan teliti dan buatlah keputusan dengan minda yang terbuka dan berlapang dadalah menerima kehadiran mereka….

Perkara yang disampaikan adalah untuk kebaikan bersama….anda mampu mengubahnya…J

Sunday 17 August 2014

Macamana Nak Pilih Ejen Insurans/Takaful?

Assalamamualaikum wbt dan salam perkenalan....

Nak berkenalan dulu lah ye :-)......entri blog ni yang akan kupaparkan berkisar hal-hal duit...
Duit yang selalu kita keluar daripada dompet dan dibelanjakan  untuk barangan keperluan asas, bayaran perkhidmatan utiliti, pembelian barangan kehendak, perbelanjaan sekolah anak2, tabung kecemasan, tabung haji/umrah, tabung melancong, tabung universiti anak2....

Boleh dikatakan semua duit yang kita belanjakan dalam kehidupan kita..Cuma paparan dalam blog ini hanya sekadar berkongsi sekelumit pengetahuan dan pengalaman keterlibatan aku dalam bidang pengurusan kewangan...Jadi apalah salah kiranya aku berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan yang mungkin boleh dijadikan panduan pada sekelian umat....

Boleh dikatakan rata-rata di antara kita mungkin pernah berjumpa atau dihubungi oleh ejen insurans/takaful...Jadi macam2 kaedah dan cara yang dipersembahkan kepada kita...Persoalannya bagaimana kita hendak memilih perunding insurans/takaful yang berwibawa?Adakah yang bercakap laju tanpa henti-henti? Atau perunding insurans/takaful yang tahun berikutnya ghaib pusara tanpa nesan apabila dihubungi?

Pengalaman2 lepas yang pernah andahadapi menyebabkan satu persepsi kepada perunding insurans/takaful maka lantas secara automatik akan membina tembok di dalam minda anda untuk tidak menerima kehadiran perunding insurans/takaful..

Oleh itu, akan aku kongsikan sedikit panduan untuk anda memilih perunding insuranas/takaful:

  1. Memiliki lesen berdaftar daripada Persatuan Insurans Kebangsaan
  2. Memiliki pentaulihan profesional berkaitan kewangan seperti CFP (Certified Financial Planner), ChFC (Chartered Financial Consultant) dan RFP (Registered Financial Planner). Namun anda juga perlu bijak dengan membuat penilaian dengan membezakan perunding insurans/takaful yang hanya semata-mata memaparkan kulit luar saja cantik tetapi masih bersikap tidak profesional dan imej sebagai jurujual dan bukannya sebagai perunding.
  3. Dia yang banyak bercakap, laju tak henti-henti (hujan pun berhenti ;-). Sebaliknya beliau perlu banyak mendengar dan kurangkan bercakap!
  4. Jumpa je terus nak menjual produk dan nak cepat tandatangan borang. Sebaliknya perlu ada perbincangan dan persetujuan dua pihak...Dua-dua dah puas hati maa termeterailah ikatan...ibarat orang bercinta seterusnya berkahwin :-)
  5. Penerangan ringkas, jelas, padat dan mudah paham. Tidaklah berbelit-belit yang kadang-kadang si perunding insurans/takaful sendiri tak paham...Pelanggan jadi lebih kelirulah!
  6. Paling penting: SERVIS SELEPAS JUALAN! Perkara ini perlu anda titikberatkan sebab untuk buat tuntutan/claim, pengeluaran, pindaan atau apa2 masalah adalah tanggungjawab Perunding Insurans/Takaful...Disinilah anda dapat melihat ejen anda kaca atau permata!
Oklah ini sajalah perkongsian untuk kali ini...mudah-mudahan dapat memeberi manfaat kepada anda......adios!!